Terima kasih kepada semua peserta yang menyertai aktiviti yang telah dianjurkan.
Pihak Universiti Teknologi Malaysia amat menghargai penyertaan serta sokongan semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini.
Walaupun terdapat beberapa kekurangan dalam mengelola aktiviti ini, pihak kami memohon maaf sekiranya tidak menepati citarasa peserta dalam trek laluan yang dianjurkan.
Segala teguran dan komen yang diterima daripada semua peserta akan diambil sebagai pedoman bagi memperbaiki mutu pengelolaan pada masa akan datang.
Diharap para peserta yang menyertai berpuas hati dalam menyertai aktiviti ini.
Pihak penganjur berbesar hati dengan komitmen yang diberikan oleh peserta. Walaupun cenderahti yang diberikan jumlahnya terhad diharap peserta yang tidak dapat cenderahati supaya tidak kecewa kerana memang telah dinyatakan bahawa hanya 100 peserta terawal yang akan menerima cenderahati.
Sekali lagi pihak UTM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang menunjukkan minat dalam aktiviti berbasikal dengan kayuhan berhemah dan beretika.
Sekian terima kasih.
Selamat berkayuh....kayuhla dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang.
Go for GREEN. Go for Healthy Living.....